Mengapakah manusia dikatakan sebagai
organisma yang kompleks?
Manusia adalah ciptaan Tuhan yang sangat unik.
Tubuh manusia terdiri daripada pelbagai jenis sel. Setiap jenis sel mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Ini dipanggil pengkhususan sel.
Pengkhususan sel —- Setiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu dengan cekap dan berkesan.
Pelbagai jenis sel ini diselaraskan untuk membentuk tisu, organ-organ dan sistem.
Setiap sel dalam badan manusia tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan dengan sendirinya. Disebabkan itu wujudnya pengkhususan sel.
Contohnya, sel-sel otot yang kenyal membolehkannya untuk menguncup dengan mudah untuk membolehkan berlakunya pergerakan badan.
Fungsi yang berbeza di dalam tubuh manusia boleh dilakukan pada serentak masa yang sama melalui pengkhususan sel.







